Kadang kita bertanya pada diri sendiri, mengapa diuji dengan pelbagal dugaan dan permasalahan yang kadang kita rasakan kita tidak mampu untuk mengatasi..
Dan kerana kita masih lagi
tertanya tanya, pasti ada bisikan bisikan yang menyuruh kita melakukan
perbuatan dan perlakuan yang amat ditegah oleh agama..
Seharusnya kita mengambil sikap bersabar dan tabah semasa diturunkan ujian ujian dari Allah SWT dan mencari jalan penyelesaian dengan bijak..
Seharusnya kita mengambil sikap bersabar dan tabah semasa diturunkan ujian ujian dari Allah SWT dan mencari jalan penyelesaian dengan bijak..
Semoga kita tabah dan sabar dalam menempuh ujian dan dugaan.. Walau seteruk mana kita diuji, ingatlah kita kena yakin padaNya.. Bersabarlah..
Dan tidak terlepas jua pada sebuah perkahwinan yang dibina.. Bermacam macam masalah dihadapi oleh suami isteri.. Namun, jika hanya saling menyalahi antara satu sama lain sampai bila bila takkan selesai..
Sesungguhnya Allah SWT
bersama dengan orang bersabar dan tabah.. Mengadulah padaNya.. Yakin dan
percaya, setiap yang berlaku punyai hikmah atas setiap kejadian..
Bertapa
manisnya satu perhubungan itu bila masing masing mengerti dan memahami akan
tanggungjawap yang diamanahkan.. Bertapa indahnya cinta, bila jalan berliku
yang dilalui sama sama memimpin tangan mengharungi tanpa ada sesalan..
Kadang kita tidak mengerti mengapa diuji hingga bertalu talu hingga kadang tidak mampu untuk teruskan perjalanan.. Kita sedari dan tahu ertinya sakit yang mencengkam dada.. Terasa sepi dan pilu menghiasi dunia..
Dan hingga satu masa, kita merasakan kosong, keseorangan tanpa ada rasa akan dalam jiwa.. Seolah dunia itu bertindak kejam dan tidak adil pada kita.. Hendak ditangisi air mata, langsung tiada lagi..
Dan bersabarlah.. Kerana Allah bersama sama dengan orang yang sabar.. Sabar itu bukan kerana kita tidak mampu untuk melakukan sesuatu.. Tapi kita redha akan ujian dan dugaan terhadap kita..
Kadang kebenaran yang
terserlah itu mencederakan hati kita.. Dan kita luka dan terus luka.. Dan kita
sendiri tidak tahu apa lagi yang harus dilakukan seakan tiada lagi jalan
penyelesaian.. Kita takut dan amat takut akan kenyataan yang sebenarnya hingga
kadang kita hanya mampu lagi tersenyum walau pada hakikatnya kita mahu menangis
sekuat kuatnya
Kenapa berjanji tapi
memungkiri? Dan kenapa pula bila berbicara penuh dengan dusta.. Masih tersalah
langkah atau hati penuh dengan hasad? Dan bila diberi amanah, mengapa pula
memusnahkan tanggungjawap? Bukankah sifat itu sifat terkeji, sifat orang
munafik?
Mereka mereka tidak
mengerti apa yang dirasakan kita kini.. Mereka memandang dan hanya petah
berbicara.. Mata yang melihat tidak menyelami apa yang dirasakan oleh hati dan
jiwa kita.. Kita sendiri mampu lagi memberi senyuman.. Dan senyuman itu terus
menutup kesakitan yang dialami..
Dan kita terdetik di naluri, andai mereka berada di tempat kita, adakah masih mampu mereka menerimanya dengan ketabahan?
Moga diberikan kekuatan pada kita, untuk menghadapi dugaan dan fitnah dunia.. Sesungguhnya Allah bersama sama dengan orang yang sabar~
Dan kita terdetik di naluri, andai mereka berada di tempat kita, adakah masih mampu mereka menerimanya dengan ketabahan?
Moga diberikan kekuatan pada kita, untuk menghadapi dugaan dan fitnah dunia.. Sesungguhnya Allah bersama sama dengan orang yang sabar~
Menyintai seseorang yang tidak menyintai kita
amatlah terasa sakit.. Dan lebih menyedihkan bila dirinya kita miliki namun
hatinya tidak dapat kita sentuhi..
Nota:
Kesabaran
itu penting dalam sesebuah perhubungan.. Bertolak ansur dan memberi sedikit
ruang untuk mengalah kadang bukan bererti satu kesalahan dan kekalahan.. Kerana
apa yang penting bukan kemenangan tapi kepentingan sesebuah hubungan itu agar
lebih terjalin..
Sungguh
amat aku sayangkan kamu..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar